Berita Harian

Saturday - 20th June, 2026
Cover of Berita Harian

Masjid jimat guna air, elektrik tanpa jejas keselesaan jemaah

Masjid-masjid di Singapura telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menjimatkan penggunaan tenaga, daripada beralih kepada penggunaan lampu LED, memasang paip jimat air, hinggalah menggunakan kipas berkapasiti tinggi bagi mewujudkan sistem penyejukan...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 19th June, 2026
Cover of Berita Harian

Trump, Presiden Iran tandatangani MOU henti perang

PARIS/TEHERAN: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dan Presiden Iran, Encik Masoud Pezeshkian, menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang bertujuan menamatkan konflik antara keduadua negara. Teheran bersetuju mengurangkan tahap...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 18th June, 2026
Cover of Berita Harian

HDB lancar 6,952 flat BTO, termasuk projek Prime di Berlayar, Upper Thomson

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan 6,952 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) untuk dijual pada 17 Jun. Ia termasuk kira-kira 2,000 flat di Sembawang Utara dengan tempoh menunggu yang lebih singkat iaitu kurang dari tiga tahun. Secara...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 17th June, 2026
Cover of Berita Harian

DPM Gan: Hampir $100j bakal disalur pada huraian air perbandaran, perindustrian

Hampir $100 juta akan disalurkan ke dalam penyelidikan dan pembangunan penyelesaian air untuk bandar dan industri, termasuk menubuhkan kemudahan penyelidikan untuk rawatan air terpakai. Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, mendedahkan perkara...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 16th June, 2026
Cover of Berita Harian

AS, Iran capai perjanjian damai

WASHINGTON/TEHERAN: Amerika Syarikat dan Iran mencapai satu perjanjian damai penting pada 14 Jun yang membuka laluan kepada rundingan lanjut untuk menamatkan konflik berbulan-bulan di Asia Barat. Konflik itu telah mengorbankan ribuan nyawa, menggugat...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 15th June, 2026
Cover of Berita Harian

Bekas peniaga TKC berhasrat kembali, tetapi kadar sewa jadi pertimbangan

Dilema menyelubungi bekas peniaga Melayu/Islam di Tanjong Katong Complex (TKC) lama tentang sama ada mahu kembali ke pusat beli-belah ikonik itu apabila pintunya dibuka semula kepada orang ramai kelak, dengan kadar sewa menjadi keprihatinan utama. Di...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 13th June, 2026
Cover of Berita Harian

Piala Dunia dibuka penuh gah, warna-warni

MEXICO CITY: Mexico membuka tirai Piala Dunia pada 11 Jun di Stadium Azteca yang terkenal. Ia dibuka dengan acara sambutan budaya pra-Hispanik yang penuh warna-warni, sementara stadium itu bergema dengan sorakan menjelang perlawanan pembukaan antara...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 12th June, 2026
Cover of Berita Harian

1.38j isi rumah S’pura terima baucar CDC $500 mulai 11 Jun

Sekitar 1.38 juta isi rumah di Singapura akan menerima baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $500 mulai 11 Jun, yang sah digunakan sehingga 31 Disember 2027, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan,...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 10th June, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura bakal runding FTA dengan blok serantau rangkumi 8 negara Afrika Timur

Singapura bakal merundingkan satu Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan blok yang dianggotai lapan negara Afrika Timur. Langkah tersebut merupakan rundingan FTA pertama dengan rakan kongsi dari Afrika. Presiden Tharman Shanmugaratnam pada 9 Jun...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 9th June, 2026
Cover of Berita Harian

Pemerintah terus perkukuh jaminan, sokongan kepada rakyat hadapi ketidaktentuan global

Pemerintah akan terus mempertingkatkan jaminan dan sokongan buat rakyat Singapura, terutamanya sedang dunia menghadapi perubahan pesat dan ketidaktentuan, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong. Di tengah-tengah peralihan yang menuju ke arah kuasa...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 8th June, 2026
Cover of Berita Harian

Lebih 2,500 flat BTO dengan tempoh tunggu sekitar tiga tahun ditawar Jun

Lebih 2,500 unit flat Bina Ikut Tempahan (BTO) dengan tempoh menunggu sekitar tiga tahun atau kurang akan ditawarkan dalam sesi jualan pada Jun. Unit-unit ini merangkumi lebih satu pertiga daripada kirakira 6,900 flat yang akan dilancarkan dalam...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 6th June, 2026
Cover of Berita Harian

Bahang Piala Dunia sudah mula terasa

MONTERREY: Detik penantian bagi kejohanan sukan terbesar dunia kini telah bermula. Dengan berbaki tepat seminggu sebelum Piala Dunia 2026 membuka tirainya, bahang demam bola sepak sudah mula terasa. Di Monterrey, Mexico, peminat pasukan kebangsaan...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 5th June, 2026
Cover of Berita Harian

Anthropic cadang buka cawangan di S’pura, iklan jawatan kosong

Anthropic, yang merupakan firma penyelidikan berpangkalan di San Francisco dan syarikat yang membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) popular Claude, kini merancang untuk bertapak di Singapura. Pada 4 Jun, halaman kerjaya di laman web Anthropic...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 4th June, 2026
Cover of Berita Harian

Jangka hayat penduduk S’pura meningkat 83.9 tahun pada 2025, tertinggi pascapandemik

Penduduk Singapura dijangka hidup lebih lama daripada sebelumnya, melepasi jangka hayat yang diunjurkan pada tahun-tahun pra-pandemik. Wanita juga terus mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding lelaki, menurut angka terkini daripada...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 3rd June, 2026
Cover of Berita Harian

Shanmugam: RRG kaji bagaimana AI, wadah digital dorong radikalisasi

Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) sedang membina keupayaan untuk memahami bagaimana kecerdasan buatan (AI) dan wadah digital menjejas individu. Pertubuhan itu sedang mengkaji kaitan antara kelakuan di dalam dan luar talian, kata Menteri Penyelaras...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 2nd June, 2026
Cover of Berita Harian

Kumpulan pertama jemaah haji S’pura kembali ke tanah air

Kumpulan pertama yang terdiri daripada 302 anggota jemaah haji Singapura selamat tiba di tanah air pada 3.30 petang, 1 Jun, selepas 25 hari menunaikan ibadah tersebut di Arab Saudi. Kumpulan tersebut menaiki penerbangan Saudia Airlines SV856 dari...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 1st June, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura lancar gerakan bantu keluarga pupuk tabiat digital sihat

Bagi membantu ibu bapa menguruskan kegiatan digital anak mereka, satu portal sehenti baharu telah dilancarkan pemerintah sebagai sebahagian daripada gerakan nasional membantu keluarga memupuk tabiat digital yang sihat dari kecil. Portal bernama ‘Be...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 30th May, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura, AS sahkan semula hubungan kukuh dua hala

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Pete Hegseth, mengesahkan semula hubungan kukuh Singapura-Amerika semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, di Istana pada 29 Mei menjelang Dialog ShangriLa, sidang puncak keselamatan...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 29th May, 2026
Cover of Berita Harian

MOM: Gaji sebenar pekerja di S’pura naik 4% pada 2025

Pekerja tempatan mendapati bahawa kuasa perbelanjaan mereka meningkat pada 2025 apabila gaji naik sementara kadar inflasi semakin mereda, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM). Dalam pada itu, gaji sebenar di Singapura meningkat sebanyak 4 peratus...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 28th May, 2026
Cover of Berita Harian

Muis tekad kerjasama dengan pengendali untuk perkukuh urusan korban

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus bekerjasama dengan pengendali khidmat korban bagi memperkukuh urusan korban pada masa akan datang, kata Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam. Beliau...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 27th May, 2026
Cover of Berita Harian

Faishal: Harungi saat-saat sukar bersama sebagai satu masyarakat

Semangat Aidiladha bukan sahaja meliputi aspek fizikal ibadah korban, malah ia juga terserlah dalam cara umat Islam menghadapi saat-saat sukar, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 26th May, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura kekal ramalan pertumbuhan ekon 2-4%, tapi diancam konflik Timur Tengah

Singapura kekal teguh dengan unjuran pertumbuhan ekonomi 2026 pada 2-4 peratus meskipun bayangan risiko kemelesetan akibat konflik Iran kian menebal. Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menjelaskan, walaupun prospek keseluruhan 2026 dijangka...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 25th May, 2026
Cover of Berita Harian

Usaha Aliyah Rizq persiap 1,100 haiwan untuk korban di S’pura berjalan lancar

Sekitar 1,100 kambing biribiri yang diuruskan oleh syarikat pengendali korban Aliyah Rizq Holdings bagi ibadah korban di masjid di sini kini mengikut jadual untuk berlepas dari Australia pada 25 Mei dan dijangka tiba di Singapura pada 26 Mei. Syarikat...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 23rd May, 2026
Cover of Berita Harian

Poh Koon letak jawatan, kekal khidmat sebagai AP GRC Tampines

Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, telah meminta untuk meletak jawatan daripada pejabat politik atas sebab-sebab keluarga berkuat kuasa 1 Jun. Dalam satu kenyataan pada 22 Mei, Pejabat Perdana Menteri (PMO)...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 22nd May, 2026
Cover of Berita Harian

Muis: Sekitar 400 haiwan korban dari Australia mungkin tiba lewat di 4 masjid

Sekitar 400 ekor haiwan korban dari Australia yang dikendalikan syarikat pengendali korban, The Meat Brothers Pte Ltd, mungkin tiba lewat bagi ibadah korban secara langsung di sini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Menurut Muis, kelewatan...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 21st May, 2026
Cover of Berita Harian

OpenAI labur $300j di S’pura perkasa kemahiran AI, tingkat daya penghasilan

Pencipta ChatGPT, OpenAI, telah memperuntukkan lebih $300 juta bagi membangun sektor kecerdasan buatan (AI) gunaan di Singapura, yang memberi tumpuan kepada penerapan AI dalam aliran kerja harian bagi meningkatkan daya penghasilan. Teras utama pelan...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 20th May, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura jalani semakan agensi atom PBB sebelum laksana tenaga nuklear

Singapura bakal menjalani penilaian oleh badan pemerhati atom Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) pada 2027 untuk menentukan sama ada negara ini bersedia membuat keputusan tepat berhubung pelaksanaan tenaga nuklear. Penilaian oleh Agensi Tenaga Atom...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 19th May, 2026
Cover of Berita Harian

Keppel akan biarkan bidaan Simba bagi M1 luput, teroka pembeli baharu

Syarikat M1 akan kembali ke pasaran selepas cadangan pemerolehannya oleh Simba Telecom terhenti berikutan siasatan terhadap dakwaan pelanggaran peraturan. Semasa taklimat dengan saluran media dan penganalisis pada 18 Mei, Ketua Eksekutif Keppel, Encik...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 18th May, 2026
Cover of Berita Harian

Ruang khusus bagi peniaga Melayu di TKC baru

Perbincangan kini sedang diadakan dalam usaha memudahkan perniagaan dan usahawan Melayu membuka kedai di Tanjong Katong Complex (TKC) yang berwajah baru, termasuk berhubung harga sewa. Sekitar 1,500 meter persegi atau kira-kira 5 peratus daripada...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 16th May, 2026
Cover of Berita Harian

Penagih dadah kali pertama yang serah diri tidak akan dihantar ke DRC

Mulai 16 Mei, semua penagih dadah kali pertama yang menyerah diri tidak akan dihantar ke Pusat Pemulihan Dadah (DRC). Sebaliknya, mereka akan ditempatkan di bawah pengawasan dadah dalam masyarakat dengan pengurusan kes secara wajib. Rejim baharu ini...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 15th May, 2026
Cover of Berita Harian

Trump, Xi tekankan kerjasama, elak saingan dalam sidang kemuncak di Beijing

BEIJING: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump; dan Presiden China, Encik Xi Jinping, tampak mesra ketika memulakan sidang kemuncak penting di Beijing pada 14 Mei dengan kedua-dua pemimpin menegaskan kepentingan hubungan stabil antara dua kuasa...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 14th May, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura lakar pelan strategik ekon perkukuh daya saing, pasaran kerja

Singapura telah menetapkan hala tuju strategik jangka panjang untuk memastikan ekonominya kekal berdaya saing selain mewujudkan peluang pekerjaan yang baik untuk rakyatnya di tengah-tengah persekitaran global yang tidak menentu. Ini hasil Semakan...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 13th May, 2026
Cover of Berita Harian

Lulusan SCIS akan raih ARS Peringkat 1, bantuan kewangan disediakan

Lulusan program ijazah sarjana muda di Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) akan meraih sijil Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) Peringkat 1 sejurus selepas menamatkan pengajian mereka, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 12th May, 2026
Cover of Berita Harian

Ibadah korban S’pura dapat sambutan meski keadaan tidak menentu

Sambutan terhadap ibadah korban yang diadakan secara langsung di beberapa tempat di sini, di bawah naungan SalamSG tetap mendapat sambutan memberangsangkan, meskipun keadaan sejagat yang tidak menentu pada masa kini. Beberapa masjid dan penyedia...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 11th May, 2026
Cover of Berita Harian

Pasangan Melayu/Islam raih sokongan awal keibubapaan dengan program rintis dikekal

Mulai Jun 2026, pasangan Melayu/Islam merentasi pelbagai peringkat kehidupan berkeluarga dapat meraih sokongan berterusan dan mudah diakses, sedang mereka melalui alam perkahwinan. Ia menyusuli gabungan program Achieving Resilient and Inspiring...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 9th May, 2026
Cover of Berita Harian

Tempoh inap minimum EC naik 10 tahun, bilangan unit pembeli kali pertama ditambah

Pembeli kondominium eksekutif (EC) baru akan perlu tinggal di rumah mereka selama 10 tahun sebelum boleh menjualnya. Tempoh ini naik seganda berbanding Tempoh Penginapan Minimum (MOP) selama lima tahun buat masa kini. Lebih banyak unit EC juga akan...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 8th May, 2026
Cover of Berita Harian

Bedok, Bukit Panjang dan Tiong Bahru-Redhill terpilih sebagai Kejiranan Sihat Menua

Estet kejiranan Bedok, Bukit Panjang dan Tiong BahruRedhill telah ditetapkan sebagai Kejiranan Sihat Menua (AWN) yang membolehkan warga emas mengakses khidmat penjagaan yang dipertingkat di samping prasarana mesra warga emas untuk membantu mereka...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 7th May, 2026
Cover of Berita Harian

See Leng: Pastikan tiada pekerja terpinggir, impak AI terhadap pekerjaan dipantau

Pemerintah sedang memantau rapi kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap tenaga kerja, dan sedang memperbaharui sokongan kemahiran dan meningkatkan kecelikan dalam teknologi tersebut bagi membantu pekerja dan syarikat dalam peralihan Singapura ke arah...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 6th May, 2026
Cover of Berita Harian

Chee Meng: Sistem data tempatan akan bantu pandu kemahiran, pekerjaan baru dalam era AI

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, menyarankan pembentukan sebuah sistem data setempat bagi membimbing dan memberikan maklumat kepada syarikat dan pekerja mengenai peranan kerja yang sedang berubah,...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 5th May, 2026
Cover of Berita Harian

SM Lee kunjung Pusat Konservasi Harimau Malaya di Pahang pada hari pertama lawatan ke M’sia

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) pada hari pertama kunjungannya ke Pahang pada 4 Mei. Encik Lee sedang dalam rangka lawatan lima hari ke Pahang, disusuli Terengganu dari 4 hingga 8 Mei. Encik Lee...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 4th May, 2026
Cover of Berita Harian

Lebih $1.8j diskaun ditebus untuk bayaran premium MediShield Hayat

Lebih 54,000 individu telah menebus diskaun berjumlah lebih $1.8 juta bagi menampung premium MediShield Hayat mereka di bawah satu program rintis tiga tahun. Inisiatif itu bertujuan menggalak rakyat Singapura mengamalkan gaya hidup sihat secara...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 2nd May, 2026
Cover of Berita Harian

PM Wong seru rakyat S’pura rebut peluang dalam era AI, yakin hadapi cabaran global

Di sebalik cabaran pergolakan geopolitik dan kemajuan pesat kecerdasan buatan (AI), Singapura harus mengorak langkah ke hadapan dengan penuh keyakinan dan merebut peluang baru bagi memperkukuh kedudukannya di persada dunia, dan pemerintah akan membantu...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 1st May, 2026
Cover of Berita Harian

Majlis pekerjaan 3 pihak ditubuh; bantu pekerja, niaga manfaat AI

Satu majlis tiga pihak akan ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada pekerja dan perniagaan agar mereka dapat memanfaatkan transformasi yang dipacu kecerdasan buatan (AI). Majlis Pekerjaan Tiga Pihak (TJC) diumumkan oleh Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 30th April, 2026
Cover of Berita Harian

Usaha nasional rentas agensi galak rakyat bina keluarga, bakal dampingi masyarakat Melayu

Kumpulan kerja antara agensi yang ditugaskan untuk menyokong isu perkahwinan dan keibubapaan di Singapura telah ditubuhkan, dan salah satu tugas awalnya adalah untuk mendampingi masyarakat Melayu/Islam yang kadar kelahirannya telah merosot ke paras...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 29th April, 2026
Cover of Berita Harian

Kebebasan laluan selat antarabangsa hak mutlak, bukan keistimewaan

Kebebasan menggunakan selat antarabangsa, seperti Selat Melaka dan Selat Hormuz, bagi laluan perkapalan merupakan satu hak di bawah undang-undang antarabangsa dan bukannya satu keistimewaan yang boleh dibayar atau dibawa berunding. Menjelaskan...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 28th April, 2026
Cover of Berita Harian

SPF lancar kempen tingkat waspada jenayah seksual mulai Mei

Satu kempen bagi meningkatkan kesedaran dan kewaspadaan mengenai jenayah seksual akan dilancarkan di kawasan awam, rangkaian pengangkutan awam serta premis hiburan awam mulai Mei 2026. Diumumkan oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Ehwal...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 27th April, 2026
Cover of Berita Harian

Harapan damai AS-Iran pudar saat Trump batalkan rundingan

ISLAMABAD/WASHINGTON: Harapan bagi huraian diplomatik dalam perang antara Amerika Syarikat dan Israel menentang Iran kian pudar, dengan rundingan yang bertujuan menamatkan konflik dua bulan itu kini menemui jalan buntu apabila pihak Teheran dan...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 25th April, 2026
Cover of Berita Harian
Friday - 24th April, 2026
Cover of Berita Harian

Inflasi naik 1.8% pada Mac ekoran lonjakan harga petrol, runcit

Harga pengguna di Singapura meningkat dengan lebih pantas pada Mac berikutan lonjakan harga petrol dan runcit. Secara keseluruhan, inflasi melonjak kepada 1.8 peratus tahun ke tahun daripada 1.2 peratus pada Februari, didorong oleh kenaikan mendadak...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 23rd April, 2026
Cover of Berita Harian

Trump lanjut gencatan senjata tanpa had, rundingan damai AS-Iran masih tidak pasti

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan bahawa beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa tempoh masa tertentu bagi memberi ruang kepada rundingan damai diteruskan. Namun, belum jelas sama ada Iran atau...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 22nd April, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura akan labur lebih $100j bagi penyelidikan maritim dalam 5 tahun

Lebih $100 juta akan diketepikan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan dalam sektor maritim di bawah satu pelan induk baru, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow. Mengumumkan perkara itu pada...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 21st April, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura beli lebih banyak LNG dari luar Timur Tengah dek gangguan perang

Singapura kini membeli gas asli cecair (LNG) tambahan daripada bahagian lain dunia ketika konflik di Timur Tengah mengganggu penghantaran komoditi yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik di negara ini. Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berkata pada...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 20th April, 2026
Cover of Berita Harian

Selat Hormuz disekat, perbincangan damai masih rapuh

WASHINGTON: Khidmat perkapalan menerusi Selat Hormuz tidak berganjak pada 19 April selepas Iran mengenakan kawalan ke atas laluan strategik itu, yang merupakan kunci utama bekalan tenaga sedunia. Ini sedang tempoh gencatan senjata yang rapuh dengan...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 18th April, 2026
Cover of Berita Harian

Mahkamah Syariah lantik 2 hakam wanita buat kali pertama

Panel hakam atau penimbang tara perkahwinan di Mahkamah Syariah (SYC) telah ditambah daripada 18 kepada 22 anggota, termasuk dua hakam wanita yang dilantik dalam panel hakam buat kali pertama di Singapura. Hakam ialah ustaz atau ustazah yang...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 17th April, 2026
Cover of Berita Harian

Harapan keamanan Timur Tengah makin cerah, Israel bincang gencatan senjata Lebanon

WASHINGTON/JERUSALEM: Harapan untuk menamatkan perang di Timur Tengah semakin tinggi pada 16 April apabila seorang pengantara utama Pakistan tiba di Teheran sedang pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyuarakan keyakinan bahawa...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 16th April, 2026
Cover of Berita Harian

Tindakan disiplin lebih tegas tangani salah laku pelajar termasuk buli jelang 2027

Mulai 2027, semua sekolah mesti melaksanakan tindakan disiplin lebih tegas dan diseragamkan untuk menangani salah laku pelajar, termasuk membuli. Pelajar melakukan kesalahan serius buat kali pertama boleh ditahan sekolah selepas kelas sehingga tiga...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 15th April, 2026
Cover of Berita Harian

Ekon S’pura tumbuh lebih rendah daripada ramalan pada suku pertama 2026

Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan 4.6 peratus pada suku pertama 2026, lebih rendah daripada jangkaan dengan perang Iran yang meletus pada penghujung Februari membayangi prospek ekonomi bagi suku mendatang. Menurut Kementerian Perdagangan dan...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 14th April, 2026
Cover of Berita Harian
Monday - 13th April, 2026
Cover of Berita Harian

GSA sudah tetapkan proses pemulangan wang jemaah jika haji dibatal

Kesemua sembilan ejen pelancongan atau ejen penjualan (GSA) pakej haji yang diluluskan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sudah menetapkan proses pemulangan wang kepada jemaah sekiranya Singapura atau Arab Saudi mengarahkan larangan perjalanan atau...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 11th April, 2026
Cover of Berita Harian

Skim TTFS dipertingkat, bantu lebih ramai pelajar Melayu lanjutkan pengajian tinggi

Kriteria kelayakan pendapatan bagi skim Subsidi Yuran Tuisyen Pengajian Tinggi (TTFS) akan dinaikkan dan tahap subsidi baru akan diperkenalkan bagi menyokong lebih ramai pelajar Melayu daripada isi rumah berpendapatan rendah hingga pertengahan...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 10th April, 2026
Cover of Berita Harian
Thursday - 9th April, 2026
Cover of Berita Harian
Wednesday - 8th April, 2026
Cover of Berita Harian

Pemerintah umum pakej sokongan bantu rakyat, niaga harungi kenaikan kos

Rakyat Singapura harus bersiap sedia menghadapi masa sukar yang mendatang di tengah-tengah krisis tenaga yang timbul akibat konflik di Timur Tengah. Namun, pemerintah akan menyediakan sokongan kepada mereka yang paling terjejas oleh krisis tersebut,...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 7th April, 2026
Cover of Berita Harian

Parlimen bincang langkah lindungi S’pura daripada kesan konflik Timur Tengah

Parlimen akan bersidang pada 7 April untuk membincangkan langkahlangkah melindungi warga Singapura daripada impak konflik Timur Tengah. Tiga menteri utama dijadual membuat kenyataan mengenai situasi tersebut. Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri,...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 6th April, 2026
Cover of Berita Harian

Hasrat mangsa perlanggaran bot untuk genggam diploma tak kesampaian

Hari Rabu 8 April, sepatutnya menjadi hari yang penuh debaran dan kegembiraan buat Allahyarham Chua Muhammad Syafidi Irwan. Namun, takdir menentukan beliau tidak sempat melihat keputusan peperiksaan akhir bagi Diploma dalam Pengurusan Operasi dan...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 4th April, 2026
Cover of Berita Harian

Krisis minyak: Tiada pemberhentian kerja segera, namun majikan dalam sektor terkesan berwaspada

Meski sektor minyak, petrokimia, tenaga dan kimia (OPEC) kini paling terkesan dan mula menunjukkan tanda-tanda awal langkah berwaspada akibat gangguan bekalan minyak ekoran perang ke atas Iran, kesatuan sekerja berkata tiada petanda segera berlakunya...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 3rd April, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura bentuk jawatankuasa krisis menteri tangani kesan perang Timur Tengah

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata pemerintah akan mempertingkatkan langkah-langkah sedia ada bagi meringankan impak serta-merta ke atas isi rumah dan perniagaan ekoran konflik di Timur Tengah yang menjejas harga minyak dan rantaian bekalan...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 2nd April, 2026
Cover of Berita Harian

Lebih 1,000 daftar bagi khidmat kenderaan ulang-alik pandu sendiri Punggol

Lebih 1,000 orang telah mendaftarkan diri untuk perkhidmatan kenderaan ulang-alik pandu sendiri yang pertama di Punggol bagi beberapa minggu akan datang, setakat 31 Mac. Demikian dimaklumkan Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Pembangunan...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 1st April, 2026
Cover of Berita Harian

Tarif elektrik, gas naik mulai April

Tarif elektrik dan gas akan dinaikkan mulai April hingga Jun, didorong oleh peningkatan harga bahan api, dan dijangka melonjak lebih tinggi dalam bulan-bulan akan mendatang. Dalam satu kenyataan pada 31 Mac, pengendali grid nasional SP Group...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 31st March, 2026
Cover of Berita Harian

Pemerintah rancang mula kerja persediaan bagi Long Island

Pemerintah sedang merancang untuk memulakan kerjakerja persediaan bagi Long Island, dan akan melaksanakannya secara berperingkat bagi mengurangkan kesan kepada mereka yang kerap ke kawasan itu. Kerja-kerja ini, termasuk mengalihkan halangan dalam...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 23rd March, 2026
Cover of Berita Harian

BH beralih ke saiz kompak esok; pembaca renung peranan akhbar rentas zaman

Selepas edisi pertamanya hampir 70 tahun lalu, Berita Harian (BH) menerbitkan edisi lembaran lebar (broadsheet) terakhirnya hari ini, 23 Mac, sebelum beralih sepenuhnya kepada format kompak yang baru bermula esok, 24 Mac. Namun, di sebalik evolusi...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 21st March, 2026
Cover of Berita Harian

Faishal: Setiap generasi pikul amanah perkasa diri, tinggalkan legasi lebih baik

Setiap generasi memikul amanah untuk memperkasa diri, menyumbang dengan ikhlas dan meninggalkan legasi yang lebih baik buat generasi seterusnya, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 20th March, 2026
Cover of Berita Harian

S’pura, Jepun sealiran pandangan dalam aspek perdagangan

TOKYO: Singapura dan Jepun mempunyai pandangan yang sama mengenai kepentingan perdagangan bebas dan terbuka, serta kerjasama antarabangsa. Kedua-dua negara turut berkongsi minat dalam bidang pertumbuhan baru, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong,...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 19th March, 2026
Cover of Berita Harian

Sekitar 700 anggota jemaah S’pura teruskan umrah meski kemelut TT

Sesetengah Muslim Singapura dikatakan masih meneruskan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah meskipun konflik di Timur Tengah sedang membara. Pemeriksaan Berita Harian (BH) mendapati sekitar 700 anggota jemaah Singapura kini dilaporkan sudah berada di...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 18th March, 2026
Cover of Berita Harian

Trump selar sekutu enggan kerjasama sedang konflik Timur Tengah memuncak

WASHINGTON/TEL AVIV/DUBAI: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menyelar sekutu Barat kerana tidak mengenang budi. Ini selepas mereka menolak permintaan beliau untuk menghantar kapal perang bagi mengiringi kapal tangki minyak melalui Selat...

Read Full Story (Page 1)