Harian Metro

Friday - 23rd October, 2026
Cover of Harian Metro

ROKOK SELUDUP DOMINASI PASARAN

Rokok seludup terus mendominasi pasaran khususnya di Lembah Klang berikutan mendapat permintaan tinggi didorong faktor harganya serendah RM5 sekotak. Ia menarik golongan berpendapatan rendah dan pekerja asing yang mencari alternatif harga lebih murah....

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 22nd October, 2026
Cover of Harian Metro

9 PEGUAM ‘LAWAN’ 5 PENDAKWA

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam atas dua pertuduhan mencederakan anggota polis, dibela sembilan peguam...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 21st October, 2026
Cover of Harian Metro

77 GENIUS CILIK

Seramai 77 kanak-kanak genius yang dikenal pasti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memasuki universiti pada awal usia atau berumur seawal 15 tahun dalam tempoh 10 tahun ini. Kumpulan berkenaan yang dikategori pelajar berkeupayaan tinggi atau...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 20th October, 2026
Cover of Harian Metro

2 BERANAK MAUT DIHEMPAP KONTENA

Mohd Jadi Pelbi, 53, dan anak perempuannya, Norfaieza Mohd Jadi, 24, maut selepas Toyota Avanza dinaiki mereka dihempap kontena yang dipercayai terbalik ketika diangkat ke atas sebuah treler di Jalan Sepanggar, berhampiran Sabah Port, kelmarin. Dua...

Read Full Story (Page 5)
Monday - 19th October, 2026
Cover of Harian Metro

‘Wajahnya kelihatan tenang’

“Walau ada sedikit kesan luka di tepi muka tapi wajahnya kelihatan tenang,” kata Mohd Hazwan Ibrahim, 38, abang kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), yang dipercayai dibunuh suaminya di sebuah rumah di Nilai, Negeri Sembilan...

Read Full Story (Page 2)
Sunday - 18th October, 2026
Cover of Harian Metro

PEDAGANG RUMAH ‘BUSUK’

Nurul Izzah Kamaruzaman, 25, menjadikan urusan jual beli rumah terbiar atau ‘rumah busuk’ sebagai sumber rezeki sejak empat tahun lalu, malah pernah menjual sebuah banglo terbiar pada harga RM800,000. Pengalaman menguruskan kediaman yang kotor dan...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 17th October, 2026
Cover of Harian Metro

BELUM TERGAMAK BERITAHU DUA ANAK

Dua anak Norhazwani Ibrahim, 35, masing masing berusia lima dan enam tahun masih belum mengetahui ibu mereka dipercayai dibunuh bapa mereka di Nilai, malam kelmarin. Kakak mangsa, Marliza Ibrahim, 48, berkata, dia belum tergamak memberitahu berita...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 16th October, 2026
Cover of Harian Metro

GADAI HARTA DEMI ANAK YATIM

Demi membuka rumah anak yatim, seorang pemuda sanggup membujang serta menggadaikan barang kemas miliknya bernilai kira-kira RM15,000 yang disimpan untuk perkahwinan. Pengorbanan Mohamad Shahfizan Mohamed Jiva, 35, itu demi menyantuni anak yatim yang...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 15th October, 2026
Cover of Harian Metro

MAINAN CETUS DERITA

Lambakan permainan 'squishy dumpling' (ladu kenyal) yang popular dalam kalangan kanak-kanak di negara ini boleh mendatangkan risiko kesihatan jika tidak dipantau kandungannya oleh pihak berwajib dan ibu bapa. Pakar kanak-kanak memberi amaran sesetengah...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 14th October, 2026
Cover of Harian Metro

224 LOKASI PANAS WARGA ASING DIKENAL PASTI

Lumpur: Peluang pekerjaan menjadi ‘GPS’ utama warga asing dalam menentukan lokasi untuk tinggal di Malaysia, dengan kawasan yang menawarkan pekerjaan, sewa berpatutan dan kemudahan pengangkutan menjadi antara tumpuan mereka. Ketua Pusat Penyelidikan...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 13th October, 2026
Cover of Harian Metro

27,117 BIKIN SAKITMATA

Deretan kereta buruk yang dibiarkan sehingga bertahun lamanya di tepi jalan dan kawasan perumahan bukan hanya mencacatkan pemandangan sebaliknya menimbulkan pelbagai masalah lain. Tiga pihak berkuasa tempatan di Lembah Klang mencatatkan keseluruhan...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 12th October, 2026
Cover of Harian Metro

SENGAJA ROSAK MINYAK MASAK

Sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dikesan menggunakan taktik baharu dengan mencemari minyak masak peket yang belum dibuka dengan bahan pewarna bagi menyamai fizikal minyak masak terpakai. Taktik itu dipercayai membuka ruang kepada sindiket...

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 11th October, 2026
Cover of Harian Metro

KEBAKARAN INDONESIA MAKIN PARAH

Kebakaran hutan dan tanah di Indonesia semakin parah dengan 437 titik panas dikesan, menyebabkan kualiti udara di Malaysia makin memburuk. Dalam pada itu, tawaran Malaysia menghantar aset pemadaman masih belum mendapat maklum balas rasmi Jakarta. Pada...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 10th October, 2026
Cover of Harian Metro

POKET RAKYAT LEBIH BERISI

Belanjawan 2027 bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ memberi tumpuan kepada usaha meringankan beban sara hidup rakyat, meningkatkan kesejahteraan dan membina masa depan negara yang lebih adil serta mampan. Antara inisiatif utama ialah...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 9th October, 2026
Cover of Harian Metro

6 MAUT DALAM 2 NAHAS

Dua kemalangan berasingan di Johor dan Selangor meragut 6 nyawa termasuk 3 beradik serta 3 sekeluarga. Di Pontian, 3 beradik maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan lori ketika dalam perjalanan pulang selepas mengetahui sekolah ditutup...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 8th October, 2026
Cover of Harian Metro

KL PALING TERCEMAR DI DUNIA

Kuala Lumpur menduduki tangga teratas dalam ranking bandar utama paling tercemar di dunia apabila merekodkan kualiti udara kategori tidak sihat pada tengah hari semalam. Berdasarkan rekod World Air Quality Ranking yang melaporkan secara langsung...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 7th October, 2026
Cover of Harian Metro

MAUT DICEKIK KEKASIH

Belum pun reda berita pembunuhan seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor, seorang lagi pelajar perempuan berusia 19 tahun ditemui mati, dipercayai akibat dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan teman lelakinya,...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 6th October, 2026
Cover of Harian Metro

MAUT AKIBAT TRAUMA TUMPUL

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, mendapati kecederaan trauma tumpul di bahagian kepala sebagai punca kematian mangsa. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 5th October, 2026
Cover of Harian Metro

TRAGEDI AIRENE SOFIYA

Daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa siasatan segera, menyeluruh dan telus, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang memberi jaminan semua aspek keselamatan sekolah akan diperiksa hinggalah polis yang menahan...

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 4th October, 2026
Cover of Harian Metro

DATUKTIPU 2DOKTOR

MS4 Seorang lelaki bergelar Datuk yang juga bapa kepada bekas penyanyi didakwa memperdayakan pasangan doktor sehingga mengalami kerugian RM300,000 menerusi pelaburan projek Kad Prihatin Siswa yang kononnya membabitkan 20 universiti dan 620,000...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 3rd October, 2026
Cover of Harian Metro

SEORANG PULANG SELEPAS 37 HARI

Seorang daripada 55 rakyat Malaysia yang sebelum ini gagal dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal dilaporkan selamat selepas hadir sendiri ke Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu pada 1 Oktober, sebelum kembali ke Malaysia pagi...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 2nd October, 2026
Cover of Harian Metro

HIKMAH DAKWAH JALANAN

Biarpun seorang yang ‘introvert,’ Adam Tan, 30, mencabar dirinya keluar dari zon selesa untuk menyebarkan agama Islam di tengah ibu kota Kuala Lumpur. Sehingga kini, dia yang bergelar mualaf sejak enam tahun lalu sudah membantu mengislamkan kira-kira...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 1st October, 2026
Cover of Harian Metro

‘KAMPUNGKU’ SYURGA VETERAN

Sebuah rumah kelab dikenali Kampungku yang terletak di Petaling Jaya, Selangor menawarkan pengalaman menarik untuk golongan warga emas menghabiskan sisa usia mereka dengan pelbagai aktiviti. Tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, pusat ini...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 30th September, 2026
Cover of Harian Metro

3 KAPAL TENTERA MYANMAR BAWA PULANG 1,473 TAHANAN

Sebanyak 1,473 warga Myanmar yang ditahan di 14 depoh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara dihantar pulang ke negara asal dalam fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela menggunakan tiga kapal Tentera Laut Myanmar dari...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 29th September, 2026
Cover of Harian Metro

GELOMBANG DUKA MELANDA NEGARA

Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada usia 100 tahun semalam menyebarkan gelombang duka di seluruh negara yang menyaksikan platform media sosial dibanjiri ucapan takziah dan doa rakyat. Sebaik berita berkenaan tular, barisan pemimpin politik,...

Read Full Story (Page 2)
Monday - 28th September, 2026
Cover of Harian Metro

Luluh hati Ilan dah ‘pergi’

“Luluh hati saya bila dapat berita mengenai pemergian Ilan (Muhammad Idlan Fareeq Shahril) kerana pernah mengajarnya ketika dia kecil dulu. “Lagipun, saya juga seorang ibu dan sudah anggap Ilan macam anak sendiri kerana umurnya sebaya dengan anak...

Read Full Story (Page 2)
Saturday - 26th September, 2026
Cover of Harian Metro

NAJIB TAK MAMPU BAYAR RM50 JUTA

Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu bekas Perdana Menteri itu tidak mampu membayar denda RM50 juta kerana akaun banknya dibekukan. Beliau turut berkata Najib dan pasukan guaman masih belum menerima surat rasmi...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 25th September, 2026
Cover of Harian Metro

TERLALU BANYAK TANGAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu kerajaan mempertimbangkan Akta Halal khusus yang lebih komprehensif bagi memperkukuh penguatkuasaan serta menangani penyalahgunaan logo, istilah dan dakwaan halal. Penguatkuasaan halal ketika ini membabitkan...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 24th September, 2026
Cover of Harian Metro

KARTEL SAMPAH HARAM KAUTUNTUNG

Kegiatan licik kartel membabitkan syarikat atau kontraktor yang tidak bertanggungjawab mengambil sisa sampah sebelum dibuang secara haram dan mengaut keuntungan lumayan di kawasan terpencil atau tanah terbiar bukan saja memberi kesan terhadap kualiti...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 23rd September, 2026
Cover of Harian Metro

DUNMELAKA BUBAR

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa hari ini. Beliau memaklumkan sudah menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan berhubung kedudukan...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 22nd September, 2026
Cover of Harian Metro

55,169 DALAM BAHAYA!

Dapatan pelaksanaan Sistem Profil Digital Kesihatan Psikologi Penjawat Awam (MyPsyD) mendedahkan seramai 55,169 penjawat awam dikategorikan sebagai kakitangan berisiko tinggi yang mempunyai kecenderungan membunuh diri. Selain itu, dapatan Kajian Indeks...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 21st September, 2026
Cover of Harian Metro

HOUTHI SERANG KOTA RIYADH

Serangan kumpulan Houthi yang menyasarkan Riyadh, kelmarin berpotensi mencetuskan eskalasi lebih besar dalam konflik Asia Barat, selain menguji keupayaan sistem pertahanan udara berlapis Arab Saudi. Penggunaan dron dan persenjataan berkos rendah oleh...

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 20th September, 2026
Cover of Harian Metro

PEGAWAI PENJARATINJAU RUMAHNAJIB

Jabatan Penjara Malaysia dilihat meninjau kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, semalam dipercayai bagi menilai kesesuaiannya sebagai lokasi tahanan rumah. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 19th September, 2026
Cover of Harian Metro

JALANI TAHANAN RUMAH

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam memperkenan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028. Perintah itu tertakluk sekiranya Najib...

Read Full Story (Page 2)
Friday - 18th September, 2026
Cover of Harian Metro

5 NEGERI PINTU MASUK PATI

APMM mengenal pasti empat negeri di pantai barat Semenanjung serta Sabah sebagai laluan masuk popular pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini berikutan faktor geografi kawasan itu. Kewujudan pantai yang panjang, pulau kecil, muara sungai,...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 17th September, 2026
Cover of Harian Metro

WANG KOTOR JADI ‘SUCI’

Pengubahan wang haram berlaku apabila hasil jenayah ‘ditukar wajah’ melalui transaksi berlapis sebelum muncul sebagai kekayaan kelihatan sah seperti hartanah, kenderaan mewah, pelaburan dan perniagaan. Modus operandi ini melalui tiga peringkat iaitu...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 16th September, 2026
Cover of Harian Metro

HARIAN METRO MENGUCAPKAN SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63

Perasaan tidak sedap hati seorang abang selepas adiknya tidak pulang ke rumah walaupun sudah masuk waktu Maghrib terjawab selepas adik bongsunya itu ditemui lemas akibat terjatuh ke dalam longkang di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan di Kulim, malam...

Read Full Story (Page 4)
Tuesday - 15th September, 2026
Cover of Harian Metro

PUS HARTA HRM860 JUTA

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan harta bernilai keseluruhan lebih...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 14th September, 2026
Cover of Harian Metro

WARGA EMAS REKOD446,555 SAMAN TRAFIK

Sebanyak 446,555 saman membabitkan 175 kesalahan trafik direkodkan dalam kalangan warga emas berusia 60 tahun ke atas bagi tempoh 2025 hingga Ogos lalu dengan empat kesalahan utama iaitu pandu laju, halangan lalu lintas, mengabaikan isyarat lalu...

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 13th September, 2026
Cover of Harian Metro

APA SEBENAR BERLAKU?

Pakar penerbangan berpendapat nahas udara bukan sematamata berpunca daripada kerosakan pesawat, sebaliknya turut dipengaruhi kecuaian penyelenggaraan, kesilapan kru, cuaca dan faktor persekitaran. Punca sesuatu nahas sebenar perlu ditentukan menerusi...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 12th September, 2026
Cover of Harian Metro

30 RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DI INDONESIA

Pihak berkuasa Indonesia menahan 30 rakyat Malaysia dan seorang warga Taiwan yang disyaki terlibat kegiatan penipuan dalam talian di sebuah hotel di Pontianak, Kalimantan Barat. Kesemua mereka menggunakan 14 bilik hotel untuk menjalankan aktiviti...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 11th September, 2026
Cover of Harian Metro

“SAYA HILANG MEREKA SELAMANYA”

Saya sedih kerana tiada lagi insan yang nak marah pada saya selepas ini. Hidup saya sudah kesepian, saya kehilangan mereka buat selama-lamanya,” kata Khairul Nizam Wahid, 50, suami dan bapa kepada tiga beranak yang ditemukan maut dalam kebakaran rumah...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 10th September, 2026
Cover of Harian Metro

VC PILU KAPTEN ZAINOL

Panggilan video selama lebih sejam bersama ibunya pada malam sebelum kejadian menjadi kenangan terakhir danpilubuatkeluargajuruterbangKaptenZainolAfiq Bee Sham, 31, yang terbabit dalam nahas helikopter di Sarawak, kelmarin. Kehilangan anak keempat...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 9th September, 2026
Cover of Harian Metro

FLAT DIJAJAH WARGA ASING

Warga tempatan yang menghuni flat sekitar Selayang membabitkan Flat Taman Desa Bakti atau lebih dikenali sebagai Flat Columbia serta Flat Taman Wilayah semakin resah dengan kehadiran ramai penyewa warga asing sehingga menyebabkan kawasan kediaman...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 8th September, 2026
Cover of Harian Metro

6 GUNUNG BERAPI MELETUS

Enam gunung berapi di beberapa wilayah Indonesia dilaporkan meletus dalam tempoh hampir sama sejak 31 Ogos lalu namun pihak berkuasa menegaskan kejadian itu tidak saling berkaitan kerana setiap gunung berapi mempunyai sistem magma dan proses geologi...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 7th September, 2026
Cover of Harian Metro

CABARAN JADI TRAGEDI: PELAJAR UITM MAUT

Pelajar UiTM berusia 21 tahun, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, meninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat masalah kesihatan berkaitan haba ketika menyertai Cabaran Ketahanan Komander Kesatria (KKEC) di UiTM Jengka pada 4 September lalu....

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 6th September, 2026
Cover of Harian Metro

SONGLAP RM114 JUTA

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan sebagai syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) sedang disiasat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung dakwaan salah guna kuasa dan pecah amanah membabitkan aset bernilai lebih RM114.5...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 5th September, 2026
Cover of Harian Metro

‘LEGASI ITU SUDAH TIADA’

“Saya pun tidak sampai hati nak teruskan. Legasi itu dah tak ada.” Itu luahan abang sulung Allahyarham Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, Mohd Hafiz Rifqi Mohd Kazwan, 33, yang memilih untuk menamatkan operasi Secangkir Cafe milik adiknya, semalam...

Read Full Story (Page 2)
Friday - 4th September, 2026
Cover of Harian Metro

4 KENDERAAN IDAMAN PENCURI

Kereta seperti Toyota Hilux, Fortuner, Alphard dan Vellfire menjadi antara sasaran sindiket curi kenderaan berikutan permintaan serta nilai pasaran yang tinggi namun motosikal kekal sebagai kategori paling kerap dicuri dengan 24,873 kes direkodkan dari...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 3rd September, 2026
Cover of Harian Metro

11 SUDAH DITAHAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan 11 individu membabitkan pengurusan tertinggi pelbagai syarikat dan agensi sudah ditahan susulan siasatan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH). Semalam,...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 2nd September, 2026
Cover of Harian Metro

31 OGOS TERPILU

Keceriaan tiga beranak meraikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya bertukar tragedi memilukan apabila mereka maut dalam nahas jalan raya membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.3, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu, dekat Temerloh, kelmarin. Ketika...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 1st September, 2026
Cover of Harian Metro

Sabar menanti khabar suami

“Assalamualaikum suamiku, di mana kamu...bertahanlah, kami sekeluarga terlalu merinduimu.” Demikian rintih seorang wanita yang dikenali sebagai @azielashaharuddin di aplikasi Threads. Dia juga isteri kepada Mohd Sani Harun, pegawai tinggi bomba yang...

Read Full Story (Page 2)
Monday - 31st August, 2026
Cover of Harian Metro

SMART KE NEPAL

Kerajaan Malaysia menggerakkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda negara itu. Dalam perkembangan terbaharu, jumlah rakyat...

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 30th August, 2026
Cover of Harian Metro

MUHAMMAD SUDAH TIADA

Kembar siam, Muhammad Rosli, 28, yang mencipta sejarah selepas berjaya dipisahkan daripada kembarnya, Ahmad menerusi pembedahan pada 2002 meninggal dunia di HCTM, Cheras, jam 10.45 pagi semalam. Muhammad sebelum ini menjalani rawatan kanser pundi...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 29th August, 2026
Cover of Harian Metro

51 RAKYAT MALAYSIA HILANG

INTHUMATHY SUBRAMANIAM (P) MANGALA VANAN KRISHNASAMY (L) MURUKAN SUPRAMANIAM (L) NAHENTRAN GANASAN (L) NAVEIN PALANI (L) NEELAVANY MARIMUTHU (P) PADMAHWATHI A GOVINDASAMY (P) POOBALAN MURGAYA (L) POORNIMA ALAGAPPAN (P) RAJITA SIVAN (P) RAMAN...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 28th August, 2026
Cover of Harian Metro

BENCANADAHSYATNEPAL

MS2,3,4,5&22 Bumi Nepal dikejutkan banjir kilat dahsyat dan tanah runtuh kelmarin, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 165 orang, manakala dianggarkan 1,500 lagi masih hilang. Wisma Putra setakat ini mengesahkan 55 rakyat Malaysia gagal dihubungi.

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 27th August, 2026
Cover of Harian Metro

“ABANG SAYANG IBU”

Allahyarham Rehan Yusuf Amirulfahmi, 9, yang maut bersama bapanya dalam kebakaran rumah di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, awal pagi semalam sempat mengirim nota suara kepada ibunya berbunyi "ibu, abang sayang ibu...abang sayang ibu...semua abang...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 26th August, 2026
Cover of Harian Metro

Kakak pesan, kakak yang ‘pergi’

“Beberapa hari kebelakangan ini kakak (anak sulung) sering berpesan supaya berhati-hati memandu, tetapi tak sangka dia yang maut kemalangan,” kata Mazlan Mamat. Mazlan, 50, adalah bapa kepada Nor Maisarah, 23, yang meninggal dunia selepas kereta...

Read Full Story (Page 2)
Tuesday - 25th August, 2026
Cover of Harian Metro

KL BERDEPAN KEMARAU

Fenomena Super El Nino yang dijangka berlaku hujung tahun ini berpotensi menyebabkan Kuala Lumpur dan beberapa bandar utama Asia mengalami kemarau berbulan-bulan manakala kawasan lain pula berdepan risiko banjir. Kajian WaterAid bersama ahli akademik...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 24th August, 2026
Cover of Harian Metro

KES ASMA NAIK 259%

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan peningkatan masalah kesihatan berkaitan kualiti udara susulan jerebu dengan kes asma melonjak 259 peratus dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) meningkat 124 peratus antara minggu epidemiologi (ME)...

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 23rd August, 2026
Cover of Harian Metro

180 HARI MAYAT TAK DITUNTUT

Mayat yang tidak dituntut sehingga 180 hari mendorong pengurus pengebumian Aileen Ong tampil mengumpul dana awam sekitar RM3,800 untuk menyempurnakannya. Malah, dia pernah ditawar tujuh kilogram madu lebah oleh satu keluarga daif sebagai balasan...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 22nd August, 2026
Cover of Harian Metro

ONAR‘MAKSITI’

Kelicikan seorang wanita warga Kemboja dikenali 'Mak Siti' yang menjadi dalang sindiket perlombongan emas haram dan dipercayai mampu meraih hasil sehingga RM13,000 sehari tumpas apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan 15 individu dalam serbuan Op Gali...

Read Full Story (Page 1)
Friday - 21st August, 2026
Cover of Harian Metro

SHAH,ROGHINIDIDAKWASAKITIROCKY

Penghantar barang dan suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan menarik serta menjerut seekor anjing dikenali dengan nama Rocky hingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan, bulan lalu. Muhammad Shah Idham Nor Haikal...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 20th August, 2026
Cover of Harian Metro

TIDAK SEMPAT ZIARAH IBU

Allahyarham Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, yang maut bersama dua anaknya selepas dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, di ibu negara pagi semalam dikatakan berhasrat menziarah ibunya di...

Read Full Story (Page 1)
Wednesday - 19th August, 2026
Cover of Harian Metro

SETINGGAN 5 DEKAD DIROBOH

Perumahan setinggan Jalan Ipoh, di ibu negara yang didiami sejak puluhan tahun lalu dirobohkan pihak berkuasa, semalam. Difahamkan, kebanjiran warga asing mula menimbulkan pelbagai masalah termasuk kes kecurian sehingga memberi masalah kepada penghuni...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 18th August, 2026
Cover of Harian Metro

AIR MATA GUGURDIMAHKAMAH

Bapa kepada ahli perniagaan, Low Kai Xian, 39, menangis ketika mengikuti prosiding pertuduhan empat lelaki yang didakwa membunuh anaknya sebelum mayat mangsa ditemukan terapung dibalut jaring dan dililit bersama lima ketul batu di Sungai Tanjung...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 17th August, 2026
Cover of Harian Metro

TAHUN KE-21 BERAKHIR DUKA

Selama 21 tahun, Selaton Nuri, 55, setia berkhidmat sebagai penjaga kunci air namun kelmarin menjadi hari terakhir dia menabur bakti apabila maut dalam kejadian tudungnya terbelit pada penggelek pintu kunci air ketika menjalankan tugas di Sabak Bernam,

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 16th August, 2026
Cover of Harian Metro

DETIK HATI SUAMI MENJADI NYATA

Seorang suami yang juga bapa mula terdetik isteri dan anaknya terbabit dalam kemalangan selepas terbaca di media sosial mengenai nahas ngeri Jalan Temerloh-Triang, kelmarin. “Entah kenapa, apabila saya melihat berita di media sosial kemalangan di...

Read Full Story (Page 2)
Saturday - 15th August, 2026
Cover of Harian Metro

PERDAYA WARGA EMAS RM120,000

Dua wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tiga pertuduhan menipu seorang pesara bagi menyelesaikan tunggakan cukai tidak wujud berjumlah kira-kira RM120,000, April lepas. Noorfarah Surina Ahmad, 42, dan Nurfalah Noordin, 33,...

Read Full Story (Page 5)
Friday - 14th August, 2026
Cover of Harian Metro

LAGI DADAH DALAM LOKAP

Tiga termasuk seorang anggota polis diberkas berikutan penemuan pelbagai jenis dadah ketika polis melakukan pemeriksaan di Balai Polis Lumut, Perak, Selasa lalu. Dadah jenis methamphetamine, heroin dan kanabis ditemukan bersama dua tahanan berusia...

Read Full Story (Page 1)
Thursday - 13th August, 2026
Cover of Harian Metro

Ibu sukar tidur telan pil dadah

Ambil pil dadah ketika sarat mengandung dengan alasan mengalami masalah kesukaran untuk tidur. Itu antara punca bayi perempuan baru dilahirkan wanita terbabit turut disahkan positif dua dadah jenis amphetamine dan benzodiazepines oleh petugas...

Read Full Story (Page 2)
Wednesday - 12th August, 2026
Cover of Harian Metro

WARGA ASING BIKIN KACAU

Penghuni Pangsapuri Seri Nipah, di Subang Jaya, Selangor resah berikutan kehadiran semakin ramai koloni warga asing sekali gus menimbulkan pelbagai masalah termasuk pecah rumah, mabuk dan pergaduhan. Susulan laporan yang diterima, Jabatan Imigresen...

Read Full Story (Page 1)
Tuesday - 11th August, 2026
Cover of Harian Metro

BOT MEWAH ANGKUT DADAH

Laluan laut kekal menjadi pilihan utama sindiket dadah antarabangsa dengan kapal dagang, bot mewah dan vesel kecil digunakan untuk menyeludup serta menyembunyikan dadah. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memperkukuh risikan dan...

Read Full Story (Page 1)
Monday - 10th August, 2026
Cover of Harian Metro

IBU REBAH SELEPAS KEBUMI ANAK

Seorang ibu berusia 76 tahun menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas menyaksikan pengebumian anak lelakinya yang meninggal dunia akibat kanser usus dalam kejadian menyayat hati di Subang Jaya. Saripah Nariah Sayed Hanip sempat hadir menguruskan...

Read Full Story (Page 1)
Sunday - 9th August, 2026
Cover of Harian Metro

PEMBURU ‘EMASLAUT’

Pencerobohan berulang kali vesel asing, khususnya dari Vietnam ke perairan Malaysia terutama Sabah dipercayai didorong oleh pemburuan timun laut atau gamat yang bernilai tinggi dan boleh mencecah RM15,000 sekilogram di pasaran antarabangsa. Rekod...

Read Full Story (Page 1)
Saturday - 8th August, 2026
Cover of Harian Metro

3 HAKIM PENJARAKAN ISMAHALIL 30 TAHUN

Bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah dihukum penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan di sini, semalam mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021. Keputusan itu dibuat...

Read Full Story (Page 2)